Friday, August 18, 2017

Pengalaman kerja cashier pam minyak kena pukau

Pengalaman kerja cashier pam minyak ada banyak benda belajar ada penglmn manis tapi yang tak bestnya ada pengalaman pahit yg takkan kita lupa smpi bila2x sbbnya membabitkan gaji dan elaun.

Pengalaman kerja cashier pam minyak kena pukau
Pengalaman kerja cashier pam minyak kena pukau
Aku kerja cashier pam minyak Petronas dulu pernah kena mcm pukau.

Customer datang bagi duit rm50 isi minyak. "Minyak 50 ya dik".

Rm50 tau dia bagi. Dia pun pergi isi minyak.

Pastu bini dia masuk beli barang kat dalam. Ambik ambik barang, letak kat kaunter. Laki dia pun dah settle isi minyak. Pastu bini dia cakap "Barang ni bayar guna balance isi minyak pam tu ya dik". Aku cakap "Abg tu tadi bagi saya rm50 untuk isi minyak.

Memang takde baki. Minta maaf ya kak".

Dia pun geram panggil suami dia masuk. Suami dia cakap "Saya bagi 100 tadi dik". Ehh laki dia ni.

Muka dah lah macam Sufian Suhaimi. Aku KFC jugak laki dia ni. Nak jaga reputasi tempat aku kerja punya pasal, aku pun mengalah lah. Aku bagilah dia balance rm50.

Baki isi minyak katanya. Bini dia hangin hangin tinggal barang yang dia ambik macam tu je. Malam tu nak close akaun, aku short rm50.

Perghh sakit hati masa tu Allah je yang tahu. Sampai sekarang aku ingat muka suami dia tu.

Benda nie normal bagi peniaga..
.
Siapa bodoh atau kalut bila berada di casher pasti tertipu dan mudah di main.

aku sendiri macam2 orang aku jumpa cara nak putar belitkan bab duit.  Nak senang kita jangan tengok muka dia kalau rasa curiga dengan dia sekilas pandang cukup..

Kalau Rasa Curiga guna tips ni

1. Pandang duit dia sahaja dalam kepala total harga dia beli..

2. Jangan pegang duit dia selagi tak cukup..

3. Kalau dia terkorek2 dan eh eh kejup bang so kita dah kene amik langkah berjaga2..

4. Mulut bersuara "abang bagi 50..baki 32" tima kasih.

5. Stay cool.(kalau dia terkorek2 duit agak lama kita stay cool..nyanyi ke ushar kuku ke.. tu hal dia kita jangan masuk campor takut2 dia pukau.

6. Ada pembeli kalut tergesa2 jangan follow rentak dia kadang duit koyak atau cuba berhutang dan duit palsu.

7. Bagi baki jangan konyok2 duit..  Bukak duit tu macam kad magic tunjuk penhujung dia.. Kira baki kalau boleh biar dia boleh nampak, takut dia tipu kata tak cukup singgit kita bagi lagi kita bodo.

Duduk di casher kene belajar semua tu takpayah ajar..  Tau sendiri.