Mengatasi Masalah Kekeringan Idea update Blog

Ada masa aku rasa macam dah tak ada benda yang hendak dituliskan dalam blog ini. Senang cerita takde benda yang nak dikongsikan bersama rakan blogger yang lain. Mungkin pernah terjadi kepada rakan blogger yang lain. Wujud perasaan 'Blur' menguasai diri ini untuk mengemaskini blog. Bila kita rasa down maka traffik blog mula la down dan ranking alexa pula semakin naik dengan megahnya. Jadi, bagaimana mengatasi masalah kekeringan idea?

Mengatasi Masalah Kekeringan Idea update Blog
Mengatasi Masalah Kekeringan Idea update Blog

Tips Mudah atasi masalah kekeringan idea update blog

Berikut ialah cara aku mengatasi masalah kekeringan idea untuk mengemaskini blog:

1) Aku akan cari entri-entri lama untuk dipost semula kepada rakan blogger yang mungkin terlepas pandang. Seperti contoh post ini Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog yang telah dipost pada tahun 2011.

2) Cuba korang memuat naik gambar atau video yang korang paling suka dan minat dan terangkan kenapa kepada rakan blogger berkenaan dengan gambar tersebut. Dengan itu dapat memberi idea untuk menulis jangan tinggalkan gambar tanpa memberi keterangan melainkan gambar itu sudah ada captionnya sendiri.


3) Sertai segmen/contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloger yang sedikit sebanyak dapat menaikkan traffik blog kita.

4) Selalulah berblogwalking dari kebiasaan dan memberi komen. Maksudnya disini jalan-jalan di blog lain yang bukan dalam senarai bloglist korang, cuba jengah bloglist rakan korang yang mungkin korang tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berblogwalking, buatlah satu review tentang blog rakan blog yang telah diterjah, kalau taknak cerita tentang pasal design blog, bagilah ulasan berkenaan dengan post yang diberikan oleh rakan blogger yang telah diterjah itu. Di samping itu dapat mengeratkan Sillaturahim.

5) Cuba buat draft bila korang tengah banyak idea yang datang bertimbun-timbun, nanti bila korang dah kekeringan idea boleh terus publish post yang berada dalam draft.

6) Cuba baca surat khabar atas talian tentang isu semasa ke or apa2x info ke dan dari situ korang akan dapat satu idea untuk menulis mungkin korang bagi pendapat tentang isu semasa yang telah korang baca.

Itulah serba sedikit yang aku buat jika kekeringan idea untuk mengemaskini blog. Sebagai tambahan, banyakkan membaca bahan ilmiah, mengikuti perkembangan isu-isu semasa, ambil wudhuk untuk membuatkan jiwa tenang untuk menulis dan banyak lagi. Pelbagai caranya mengikut kreaviti masing-masing dalam mengatasi kekeringan idea. Amaran! jangan paksa otak korang untuk mengeluarkan idea. Biarkan otak korang mengeluarkan idea dalam keadaan tenang.