Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog

Ak meletakkan blog ni sebagai blog yang bermatlamat jangka panjang.

Bermaksud, walaupun lepas ni aku tak berblog lagi. Blog tak berupdate, tapi input blog ni masih boleh digunapakai sampai bila-bila. Faedahnya orang masih boleh ambil. Blog ni tak terikat untuk keadaan semasa semata-mata.

Matlamat jangka panjang dalam menulis blog

Korang rasa blog korang macam mana? Matlamat jangka panjang atau pendek? Heh, tak tau nak kenalpasti mana satu? Senang je.

Katakan sekarang korang bujang. Dan, masa depan nanti korang berkahwin seterusnya ada anak. Content penulisan blog korang, sesuai tak nak bagi anak2 korang baca? Kalau sesuai, bermaksud matlamat jangka masa panjang la tu.

Kalau tak sesuai, contohnya korang segan nak anak korang tau yang masa muda dulu korang suka "mencapap" dalam blog. Suka tayang body, mekap tebal, mencarut dan sebagainya. Bermakna blog korang tu matlamat jangka pendek.

Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog
Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog

Fikir sejenak matlamat berblog

Kat sini aku ajak korang semua. Sama-sama kita fikir sejenak. Adakah apa yang kita tulis kat blog selama ni datangkan manfaat kat orang lain?

Kalau korang kata blog korang matlamat jangka panjang, berani tak nanti korang bagi anak2 korang baca entri2 korang yang lepas2?

Saranan aku, letakkanlah matlamat kita menulis blog untuk jangka panjang. Supaya apa yang kita tulis lebih datangkan faedah kepada orang lain, dan bukannya mudarat kepada diri kita. Orait? =)

2 comments

Blog untuk jangka panjang memang bagus untuk generasi masa depan dan anak-anak tetapi jika blog yang menggunakan domain sendiri (beli), rasanya jangka hayat blog itu hanya sementara. Kita tiada siapa galang-gantinya.

Kalau begitu kena guna blogspot.my je baru boleh kekal lama.

betul juga apa komen tuan kamil tu