Kaki Cramp Bukan Histeria ketika tonton Annabelle Creation

Viral semalam bila ada penonton menjerit-jerit ketika menonton wayang movie Annabelle Creation.. Dan ramai yang menyangka yang perempuan menjerit-jerit adalah disebabkan histeria sampai terbawa-bawa cerita ini ke media sosial sampai semua orang pun terpengaruh sampai percaya sekali.

Kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu itu bukan seperti yang ditularkan sejak malam tadi.

Kaki Cramp Rupanya Bukan Kena Histeria ketika tonton Annabelle Creation

Hakikatnya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam.
"Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk," tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.

 Sinopsis Annabelle Creation

Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.

Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.