Jawapan Seorang Wanita apabila Ditanya Kenapa Memakai Purdah

Adik kecik lelaki yg tgh makan aiskrim terserempak seorang kakak berpurdah di jalanan. Lalu beliau mengambil kesempatan itu bertanyakan beberapa soalan:

Adik:"Kak, kenapa orang pakai purdah? Jelitakah mereka?"

Kakak purdah:"Salah. Majoritinya tak lawa. Contohnya akak pakai kerana akak rasa nak pakai."

Adik: "Kenapa akak nak pakai?"

Kakak purdah: "Sebab akak nak pakai lah."

Adik:"Kenapa?"

Kakak purdah:"Kenapa adik pakai seluar? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Saya selalu nampak kakak-kakak purdah menggedik di facebook letak gambar macam-macam gaya. Gedikkah mereka sebenarnya?"

Kakak purdah:"Mereka juga wanita. Wanita tak dapat lari dari kegedikan. Tambah-tambah lagi yang bujangan dan facebook ada ramai lelaki gatal."

Adik: "Kenapa?"

Kakak purdah:"Kenapa adik bila nampak mainan or game PS3 ke adik tergedik-gedik nak suruh mak ayah beli? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Adik kan kecik lagi, dorang kan dah tua bangka. Sama ke?"

Kakak purdah:"Whateverrrrrrr."

Adik: "Mereka tak malu ke? Kalau dah tutup semua pun masih gedik-gedik lagi? Apa beza dorang dengan orang biasa?"

Kakak purdah:"Katalah adik dengan kawan-kawan adik duduk dalam kelas sama-sama, tiba-tiba seorang berkentut bau telur harum semerbak satu kelas. Adik boleh cam ke siapa yang kentut tak berbunyi tu? Seorang kentut, semua kena. Padahal tak semua kentut. Itulah jawapannya."

Adik: "Oh..kenapa makin ramai pakai purdah sekarang? Tapi tak ramai yang berpurdah perangai baik. Kenapa?"

Kakak purdah: "Katalah adik pergi pantai jumpa tiram yang ada mutiara kat dalam dia. Apa perasaan adik? Excited tak? Tapi tak semua tiram tu ada mutiara. Kadang-kadang buka kosong je, kadang-kadang ada ulat. Itulah jawapannya."

Adik: "Nah..eskrim kat akak..upah jawab soalan."

Kakak purdah tu pun amik eskrim tu, tapi masa nak makan tu adik pun ternampak wajah sebenar kakak purdah tu.

Ternganga adik tersebut.

---

"Ok, cerita mengarut."

Jawapan Seorang Wanita apabila Ditanya Kenapa Memakai Purdah
sumber gambar dari https://www.shazaha.com