Saturday, August 12, 2017

Apa Yang Sebenarnya Terkandung Dalam Kosmetik?

Sedarkah anda bahawa banyak manakah bahan kimia yang telah anda letakkan pada kulit dalam hanya setahun? Sebagai organ terbesar manusia, kulit mampu menyerap sebanyak 60% kandungan yang terdapat dalam apa sahaja produk yang disapu.

Apa Yang Sebenarnya Terkandung Dalam Kosmetik
sumber gambar dari google
Seperti yang boleh kita perhatikan, bahan penjagaan kulit bukan sahaja alat solek. Malah, ianya juga meliputi syampu, sabun, losyen badan dan banyak lagi. Lebih mengejutkan lagi, 80% dari kandungan yang teradapat dalam produk sedemikian tidak pernah diuji untuk memastikan keselamatannya. Tambahan pula, tidak semua jenama produk kecantikan meletakkan kesemua bahan ramuan yang terkandung memandangkan ianya tidak diwajibkan oleh undang-undang.

Menurut Gregg Renfrew, iaitu pengasas Beautycounter, label 'selamat' dan 'semulajadi' yang sering dilihat pada bekas produk penjagaan kulit tidak memberi sebarang makna.

Apa yang menakutkan adalah terdapat juga laporan bahawa Kesatuan Eropah telah mengharamkan sebanyak 1,300 bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pembuatan produk kecantikan manakala jumlah bahan kimia yang diharamkan oleh negara Amerika Syarikat hanyalah 11.

Tambahnya lagi, ironinya adalah ramai yang menjaga pemakanan seharian mereka dengan hanya memakan makanan organik demi mengelakkan racun pestisid yang selalu terdapat dalam bahan makanan yang dihasilkan secara konvensional namun apa yang tidak mereka sedari adalah losyen badan yang disapu di kulit pada setiap hari turut mengandungi bahan kimia yang berupaya mendatangkan bahaya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Beautycounter telah menyarankan untuk menghindari bahan kecantikkan yang mengandungi lemak haiwan, benzofenon, karsinogen manusia serta formaldehid.