Tuesday, February 21, 2017

Produk Ini Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang

Produk Ini Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang dari National Pharmaceutical Regulatory Agency. 

Sumber dari Ammar Kamar

Produk Ini Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang\

Dexamethasone yang kita bagi kat pesakit di hospital punya la monitor dengan rapi.

Diorang?
Haha
Hentam letak 3 senduk dexamethasone!
Haha
Apa aku kesah!
Haha
Ape2hal hospital kan ada!
Haha
Yes RM15 masuk lagi dalam bank!
Haha

Tukarlah nama Albarakah kalau perniagaan pun penuh khianat laknat.

Produk Ini Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang

Besar gabak nak telan besar ni!
Kihkihkih
Saba jap.

Produk Ini Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang


Oh Ada lagi pil kecik dalam tu!
Gila futuristik betul dossage form kau. Semua ni nak kasi pengguna kagum la konon? Kihkih

Orang2 dekat luar sana, kalau jumpa tablet hitam macam ni, walau apa jenis produk pun, TINGGALKAN SAJA! 
Kelak bahana nanti!


Bukan aku kata!
NPRA kata!

Dengar ni kawan2.
Jangan ingat list2 tu ada 1 muka surat. Ada 6muka surat okay! Banyak la doooo! 
Semua2 list ni bukan semata2 diorang testing suka2, diorang testing bila pesakit guna dan develop adverse effect yang teruk! Maksudnya ubat2 dalam list ni, dah tersebar luas dijual dekat makcik2 dan pakcik2 vulnerable dekat luar sana.

Jangan main2 lah do.

Boleh rujuk National Pharmaceutical Regulatory Agency punya facebook untuk dapatkan full list, dan buat wallpaper desktop. Senang nak rujuk.

Rujuk di SINI


Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di atas dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan