Thursday, January 19, 2017

Hidup Jangan Terlampau Ego



Hidup ini jangan terlampau ego. Jika kau rasa kau sudah lakukan kesilapan dan melampau, minta maaf. Ya, kita marah, ya kita tersinggung.



Cumanya, adakah kau sanggup korbankan 10 tahun perkenalan semata-mata untuk 10 minit pergaduhan? Fikirkanlah. Hati jangan terlampau keras.

Hati keras itu hanya buat manusia yang tidak punya pasangan. Jika kau sudah berpunya, itu tandanya kau sudah sedia untuk bertolak-ansur dan terima baik buruknya dia.

Kadangnya dengan menurunkan sedikit ego, kau mampu kecapi seribu kebahagiaan yang lain. Tak guna hidup kononnya penuh bermaruah tapi keseorangan.

Sumber dari Telegram The Faiz Ibrahim