Rani Kulup pula muat naik video dalam bilik mandi

Masalah bekalan air nampaknya mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang mengkritik pengurusan sumber kerajaan negeri.

Tidak kurang pula yang melihat dari sudut positif dan mencari jalan penyelesaian.

Jika semalam Datuk Seri Jamal Md Yunos memuat naik video yang dirakam dalam bilik mandi kerana kesal terputus bekalan air, hari ini, selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup pula berbuat demikian.

Namun, moodnya berbeza. Abdul Rani berkongsi kegembiraannya kerana bekalan airnya sudah kembali. Sambil menunjukkan getah paipnya, Abdul Rani mengucapkan syukur, serta taglinenya "Keep it up, don't give up".



"Air dah ada. Air dah ada. Air dah ada," katanya sambil tersenyum. Lucunya, meskipun dalam bilik air, dan baru hendak mandi, Abdul Rani masih lagi kekal dengan signature look berkaca mata hitam.

Ini mengundang reaksi peminat sedia adanya yang berasa lucu dan terhibur dengan semangat yang ditunjukkan Abdul Rani. Dalam menghadapi tekanan terputus bekalan air, masih lagi mampu menunjukkan penghargaan dan kesyukuran sebaik bekalan air kembali.

Menyebut nama Tuhan beberapa kali menyatakan syukur, ia mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan Netizen. Tidak manis menyebut nama Tuhan dalam tandas, kata mereka. Namun pantas dijelaskan Abdul Rani dalam caption video yang disunting kemudiannya.

"Terima kasih kepada yang menegur. Saya sebut nama Tuhan di tempat tadahan air di bilik mandi. Tandas di tempat lain ..."
Abdul Rani sempat memberi nasihat kepada pengikutnya untuk mula menyimpan air kerana kemungkinan sambungan bekalan air itu cuma untuk sementara. Kalau nanti terputus kembali, setidak-tidaknya ada bekalan air yang disimpan di rumah. Beliau turut menyeru agar bekalan air digunakan secara berpada-pada dan berjimat.

Video berkenaan yang dimuat naik pada pagi Rabu telah ditonton lebih 27,000 kali dalam tempoh 9 jam.

sumber dari http://www.astroawani.com/

Tempat SS ada air tapi kuning pula dah berapa hari.