Tentang Bangi Sentul yang Dulunya Lubuk Kini Kian Berselut

Atas Permintaan Yang Mahukan Kisah Tentang Bangi Sentral Darul Muslimah.

Bangi Sentral Yang Dahulunya "LUBUK" Kini Kian "BERSELUT".

Mula Dipenuhi Dengan Butik Muslimah Dan Sewaktu Dengannya Sekitar Pertengahan 2015. Kalau Ditanya Peniaga Di Sini Sudah Berapa Lama Meniaga Di Bangi Sentral, Jawapan Standard Adalah..... "Dua Kali Raya Puasa" 😬.

Mempunyai Lebih Kurang 272(-/+) lot niaga Dan Mempunyai kurang 500 lot "parking" Dan Antara Penyebab Kawasan Bangi Sentral Agak Sesak Kerana kekurangan Ruang "parking".

Bermula Dengan sewa Sekitar RM6K Untuk Tingkat Bawah Termasuk Basement, Kini sewa melonjak Sehingga RM9k Hanya Untuk Tingkat Bawah Tidak Termasuk Basement. Peningkatan 50%!! Dalam Masa 2 Tahun!!!



Kenapa Peningkatan Ini Berlaku?

Tinggalkan Persoalan Tersebut....

Sejak Kawasan Ini Dibuka, Banyak Butik Yang Bernama Dan Juga Tidak Bernama Berhijrah Ke Bangi Sentral Yang Dikatakan Bakal Menjadikan Bangi Sebagai Syurga Shopping Kaum Wanita Selepas Jalan TAR Dan Shah Alam Seksyen 7. Bangi Mendapat Gelaran Darul Butik Muslimah.

Rupanya Mimpi Indah Hanya Sementara, Ku Fikirkan Panas Sampai Ke Petang, Namun Hujan Di Tengahari.

Semakin Hari Semakin Bertambah Bilangan Yang Angkat Kaki. Fenomena Yang Terjadi Di Seksyen 7 Shah Alam Terjadi Juga Di Bangi Sentral.

Satu Persatu Cendawan Yang Tumbuh Selepas Hujan Gugur Layu Kekeringan.

Kedatangan Pelanggan Kian Suram, Walaupun Hujung Minggu. Semasa Bulan Puasa Sebelum Raya Puasa, Jem Nya Ibarat Gajah Mati Di Tengah Highway Utara Selatan, Tidak bergerak Kenderaan.
Selepas Raya Puasa Dan Raya Haji, Highway Agak Lengang Dan Adakalanya Sangat Lengang.

Ke Mana Warga Kota Khususnya Dari Bangi Sendiri, Kajang, Putrajaya Dan Yang Sedekat Dengannya?

Bayangkan Butik Yang Menyewa Di GF Menerima Sangat Kurang Pelanggan, Apatah Lagi yang menyewa Di Aras 1-2-3-4?

Jualan Potongan Harga Yang Dahulu Lazimnya Hanya 10%-15% Sudah Memadai Untuk Mengembirakan Pelanggan, Kini Potongan Harga Meningkat 70%-90%!!!! Untuk Memujuk Pelanggan Datang Bershopping. Apa Margin Yang Tinggal?

Berapa Jualan Bulanan Butik?

Ikut Kira-Kira Mudah Orang Terdahulu Meniaga Teorinya Agak Mudah.

Cth. Jika Sewa RM6K Sebulan Maknanya Jualan Kasar Harus Ada RM60k Sebulan. Sewa Haruslah 10% Daripada Untung Kasar. 10% Gaji Staff, 5% Bil Utilities, 5% Lain2 . 70% Bahagi 2 Untuk Modal Barang Yang Terjual , Jadinya Margain Keuntungan Hanya 30-35% Atau RM18-21K. Itu Pengiraan Yang Nampak Agak Sedap Keuntungannya.

Bagaimana Jika Jualan Tidak Mencapai Seperti Apa Yang Disasarkan?

Berapa Lama Boleh Bertahan?

Apa Akan Terjadi Jika Jualan Makin Menurun Setiap Bulan?

Sebelum Itu, Cuba Kita Lihat Modal Untuk Membuka Sebuah Butik.

Cth. Sewa Premis RM6K
Deposit Standard 2 Bulan + 1 Bulan + 1 Bulan Bil Utilities Bersamaan Sewa Sebulan.

RM6K X (2+1+1) = RM24K Deposit

Ubahsuai Butik?

Paling Cikai RM20K Dan Kalau Mahu Nampak Ala-Ala Istana Kayangan Boleh Mencecah RM100k ++

Berapa Lama Untuk Balik Modal? Setahun Dua Tahun Atau Bertahun2????

Pokoknya Banyak Persoalan Yang Memerlukan Jawapan.......

Sumber dari fb Ikhwan Mohd