Friday, January 22, 2016

Brunei Telah Mengharamkan Penjualan Tiga Produk Keluaran Qu Puteh

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terkejut dengan larangan jualan produk Qu Puteh oleh Kementerian Kesihatan Brunei kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd berkata satu pertemuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.  

Brunei Telah Mengharamkan Penjualan Tiga Produk Keluaran Qu Puteh
Brunei Telah Mengharamkan Penjualan Tiga Produk Keluaran Qu Puteh 
“Saya tidak boleh komen lagi. Saya pun terkejut dengan perkara ini.

“Saya akan beri komen selepas saya berbincang dengan Kementerian Kesihatan di sini dulu,” katanya, yang mesra dengan panggilan Dr Vida, ketika dihubungi ProjekMMO.

Ditanya mengenai kesahihan dakwaan produk Qu Puteh mengandungi raksa seperti dilaporkan hari ini, Hasmiza berkata: “Tidak ada sebenarnya. Itu yang saya hendak tengok macam mana dulu.”

Syarikatnya belum melantik pengedar rasmi di Brunei untuk memasarkan produk Qu Puteh.

“Saya pun kena mencari macam mana produk saya boleh pergi Brunei sebab saya tidak ada pengedar di Brunei lagi,” katanya.

Ketika dihubungi, sebagai penaja pasukan Kelantan mulai musim ini, beliau sedang bermesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) susulan perjanjian dua pihak itu Jumaat lepas.

Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block antara dua produk yang dilarang dijual di Brunei sejak semalam kerana didakwa mengandungi raksa.

Penggunaan raksa boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal, lapor The Brunei Times, yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.

Brunei telah mengharamkan penjualan tiga Produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.

Tiga produk berkenaan adalah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block.

Memetik laporan portal The Brunei Times, kementerian kesihatan negara itu menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat ujikaji terhadap produk tersebut menerusi Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.

Kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal didapati mengandungi spironolactone manakala dua produk kosmetik didapati mengandungi merkuri.

Bahan-bahan itu boleh menyebabkan kesan buruk yang merbahaya kepada pengguna produk berkenaan.

Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, mengantuk, pening, rasa tidak selesa pada payudara dan pembesaran, haid yang tidak teratur, kejang, keguguran rambut dan ruam kulit.

Terdedah kepada merkuri pula boleh menyebabkan ruam kulit, kehilangan ingatan, lemah otot dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang.

Kementerian itu turut memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam penjualan produk itu termasuk peruncit dalam talian bahawa penjualannya adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah menjual produk yang diharamkan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 (RM15045.46) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, kementerian kesihatan berkenaan menasihati orang ramai yang telah membeli produk berkenaan supaya berhenti daripada menggunakannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tindak balas yang tidak diingini.