Thursday, March 7, 2013

Movie korea A Werewolf Boy yang sangat menyedihkan

Baru sahaja selesai menonton filem dari korea iaitu "A WEREWOLF BOY" yang telah ditayangkan pada bulan Oktober lepas iaitu pada tahun 2012.  Setelah sekian lama tidak menonton filem dari korea akhirnya jumpa juga filem korea yang mendapat box office di korea baru-baru ini. Kali terakhir tengok filem korea adalah "MY WAY" yang mengisahkan tentang peperangan. Ikuti sinopsis filem ini.

Movie korea A Werewolf Boy yang sangat menyedihkan
Movie korea A Werewolf Boy yang sangat menyedihkan
Pelakon :
Song Joong Ki sebagai Chul Soo
Park bo Young sebagai Suni remaja  / Eun Joo
Yoo yun Suk sebagai Ji Tae
Jang Young Nam sebagai Ibu Suni
Li Young Lan sebagai Kim Suni
Kim Hyang Gi sebagai Sun Ja

SINOPSIS:

Kisah bermula apabila Suni terbang dari US ke Korea Selatan atas urusan penjualan rumah yang telah lama ditinggalkan. Setelah dijemput oleh cucunya, mereka ke rumah tersebut dan bermalam di sana. Saat itulah Suni mengenang memori tahun 1965 (dia berusia 19 tahun) yang mana pada ketika itu dia baru berpindah ke rumah lama tersebut setelah kematian bapanya.

Suatu hari, Suni dan ibunya bertemu dengan budak aneh yang hidup terbiar; badan berbau, rambut tak terurus, tidak tahu membaca dan bercakap, bersuhu badan 46 darjah dan mempunyai jenis darah yang tidak dikenal pasti.

Ibu Suni turun naik ke balai polis dan pejabat pendaftaran untuk 'mengembalikan' budak aneh itu ke tempat asalnya, tetapi tiada tindakan yang sewajarnya dengan alasan  ramai kanak-kanak hidup terbiar dalam perang Korea. Atas sebab itu, ibu Suni membawa budak aneh ini pulang ke rumah dan dijadikan anak angkat yang diberi nama Chul-Soo.

Pada mulanya Suni tidak menyukai Chul Soo kerana tabiat budak lelaki itu seperti serigala (bunyi dan makan seperti binatang), namun lama kelamaan, Suni belajar menerima. Berbekalkan buku pengajaran anjing, Suni mahu mengubah kelakuan budak serigala menjadi manusia semula.

Dalam cerita ini, Suni berperang dengan masalah kesihatan yang kronik manakala Chul Soo berdepan dengan penerimaan masyarakat yang telah menimbulkan konflik yang menyayatkan di akhir cerita. Untuk mengetahui kisah lanjut bolehlah korang tengok filem ini.

Ulasan:

Filem ini mengambil masa 2 jam lebih dan juga filem ini berteraskan percintaan dan pada masa yang sama berteraskan hubungan kemanusiaan. Walaupun filem ini terlalu lama tetapi apabila korang dapat menghayati filem ini sudah pasti korang terhibur lagi-lagi buat peminat korea. Filem ini tidak ada unsur K-pop @ mat bunga. haha

Filem ini kita dapat lihat kemanusiaan di mana suni cuba membela dan mengajar chul soo tentang suatu perkara seperti menulis, cara makan dengan betul dan akhir sekali ialah bercakap serta pada masa yang sama bercinta dengan chul soo. Lakonan sebagai Chul soo juga mantap kerana berjaya membawa watak serigala dengan hanya gerak-geri serta mimik tanpa perlu bercakap.


Pada 30 minit terakhir filem ini, aku jamin korang pasti akan menangis dengan sebaknya apabila suni terpaksa meninggal chul soo..Kenapa suni terpaksa meninggalkan chul soo? korang tontonlah sendiri filem ini ok. 

Untuk filem ini aku bagi 4/5 bintang. 

4 comments

yey... nak donlod! thank bg link. Akak suka citer gini.

Link yg ko bg tu dlm maintenance mode. Dah tu cemana,

Dah kalau 4 bintang ni sure best ;D