Makanan Menggemukkan Dan Membahayakan Kesihatan

Rakyat Malaysia sememangnya sangat suka makan, lebih-lebih lagi makanan yang lazat seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak tahu makanan yang di makan itu jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan seperti kalori, nutrisi dan lemak itu adalah salah satu punca penyakit.

Makanan Menggemukkan Dan Membahayakan Kesihatan
Makanan Menggemukkan Dan Membahayakan Kesihatan
Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri ada lebih kurang 450-500 kalori sepinggan belum lagi ditambah nasi atau ayam goreng ataupun lauk yang lain itu semua boleh menjadikan sekali makan lemak akan bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.

Kemudian roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu bila pagi, petang atau malam. Roti canai juga ada banyak kalori yang untuk menghilangkan kalori itu ibarat perlu jogging dalam 90 minit barulah bersamaan dengan kalori yang kita makan. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah ada 630 kalori di dalamnya belum lagi di tambah dengan lauk yang lain.

Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu 2 skop ais krim ada 350 kalori. Malaysia juga ada makanan rugi sendiri iaitu Burger Ramli. Semua jenis burger mempunyai kalori yang tinggi.

Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga sangat menggemukkan kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Untuk elakkan santan atau bergoreng cuba tukar cara masakan dengan merebus ataupun bakar kerana ini megurangkan lemak dan minyak yang banyak dalam makanan.

Selain itu, susu pekat manis, roti manis dan donut serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita tahu cara untuk mengawal pengambilannya. Sama ada kurang kuantiti yang di ambil atau tidak makan langsung makanan itu. Apa yang penting adalah mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.

Credit to http://my.entertainment.yahoo.com/

1 comments

saya suka makan roti canai..tapi boleh xdelah ketagih..klu nasi lemak saya x berapa suka..sebab saya org pantai timur saya x suka makan pedas..dulu masa time blajar langsung x makan sebab sebelah pantai barat makanan semua pedas2..cirit birit..kena cari tempat makan sesuai baru boleh saya makan..jimat duit dok negeri org..hehe..:-)